10 TIPS LETAK BARANG DI KEDAI MESRA PETRONAS

10 TIPS LETAK BARANG DI KEDAI MESRA PETRONAS

10 TIPS LETAK BARANG DI KEDAI MESRA PETRONAS
 
Anda jual produk makanan? Saya yakin anda mesti ada impian untuk letak barang anda di kesemua Kedai Mesra PETRONAS kan? Mana tidaknya sebab ada lebih 1,000 PSS seluruh Malaysia. Banyakkan lebih 1,000? PSS tu apa? PSS is PETRONAS Servis Station, layman term is pump station.
Ok. 10 TIPS.
 
(PERTAMA) Pastikan betul2 PSS yg ramai orang lalu-lalang. Kita panggil Hi-Street PSS. Kita nak barang kita cepat habis kan? Sebenarnya ada ±150 PSS sahaja dibawah kategori Hi-Street out of ±1,000 tu. Paling mudah, cuba anda perhatikan PSS yang selalu terlibat dengan kempen2 PETRONAS seperti morning breakfast, coffee break (during raya festives; Aidilfitri & CNY), itulah antara PSS yang Hi-Street.
 
(KE-2) Minimumkan kos penghantaran. Jangan tamak untuk cuba masuk semua PSS sebab nanti dikhuatiri ianya tak dapat cover cost distribution. PSS kebanyakkannya mengamalkan sistem consignment. Jadi, anda perlu bijak merangka cashflow syarikat.
 
(KE-3) Pastikan profit margin yg kita boleh offer to PSS adalah more than 30% kpd PSS tu. Kalau kurang dari itu, owner PSS mungkin suam2 kuku sahaja untuk terima produk anda. Tambah pulak produk2 yang akan menggunakan space dalam kedai mereka & pakai eletrik pulak tu… Kalau kita owner PSS tu pun, kita akan banyak pertimbangan sebelum menerima barang tersebut.
 
(KE-4) Cuba jadikan PSS itu sebagai collection point barang2 anda. Maksudnya, promote betul2 produk anda di social media atau online platform yang lain & bgtau pelanggan boleh dapatkan produk anda di PSS yg terdekat. Trick ni bukannya bantu produk anda sahaja, tapi secara tak langsung akan promote produk2 tempatan di PSS tersebut. Owner PSS tu pun pasti happy, semakin ramai pengunjung kedai mereka & jualan pun meningkat. Alhamdulillah!
 
(KE-5) Buatlah packaging yg cantik setaraf produk2 FMCG yg lain. (FMGC = Fast-Moving Consumer Goods) barulah produk cepat habis & owner PSS pun bertambah happy.
 
(KE-6) Bila produk dah jalan laju, percayalah, bukan 150 Hi-Street PSS sahaja yang nak barang anda dijual kat kedai mereka, boleh jadi semua PSS akan hubungi. Masa ni ada keperluan untuk anda dapatkan lesen PETRONAS.
 
(KE-7) Usahakan bar kod sendiri untuk produk anda. So, owner PSS tak pening kepala nak create kod bar untuk anda. Boleh sahaja replace bar kod produk lain, tapi kurang elok bila proses audit nanti. Sebenarnya, ada cara untuk buat bar kod yang lebih ekonomi. Nanti saya akan kongsikan pada posting yang lain.
 
(KE-8) Berbincanglah dengan owner PSS untuk dapatkan lokasi rak yang strategik untuk anda letak barang anda. Kalau jual makanan untuk budak2, jangan letak di tempat tinggi2.
 
(KE-9) Cuba tengok betul2 maksud PSS, ada term “servis” kan? Jadi, PSS bukan sekadar pump station. Sebenarnya kalau anda boleh bagi produk lain yang margin untungnya lebih besar & orang ramai cari, jual lah produk tersebut. Bukan anda sahaja yang happy, owner PSS pun happy sebab lebih banyak untung. Tambahan lagi, kalau produk yang lambat rosak & sangat berguna kepada orang2 on-the-go, diorang kan sedang travelling, bukannya mode macam di shopping mall. Jadi, banyak produk2 yang anda boleh jual. Contohnya barangan accessories phone, aksesori penting kereta dan sebagainya.
 
(TERAKHIR) Buat dulu lah 9 tips tu. Kalau dah buat semua nanti saya share lagi.
Action is better than knowledge
 
Belajar sesuatu? Kongsikan artikel ni supaya ramai lagi yang akan dapat manfaat. Terima kasih.

Related Articles

AZIMAT TERUS MAJU ENTERPRISE

AS0417999-W

H-20-05, PPA1M PUDINA

NO.2 Jalan Kasturi P17, Presint 17, Putrajaya

62150 WP PUTRAJAYA